At-sui desu ne - Panasnya

1.Panasnya hari ni..
きょうはあついですね。(kyo wa at-sui de-su ne)
2.Awak nak minum apa?
なにをのみたいですか? (Na-ni wo no-mi-tai de-su-ka?)
3.Air kosong pun ok.
みずでもいいね。(mi-zu de-mo ii-ne)
4.Hari ni sangat panas kan.
きょうはとてもあついですね。(kyou wa to-te-mo at-sui de-su-ne)
5.Aah la kan.
そうですね (sou de-su-ne)
6.Takdela panas sangat.
そんなにあつくないよ! (son-na-ni at-su-ku-nai-yo!)
Kalau tuan-tuan pergi ke Jepun, memang tuan-tuan akan terperanjat musim panas di sana lebih panas dari Malaysia.Kalau di Malaysia, kepanasan akan menyebabkan kita berpeluh. Tetapi di sana panas pun peluh susah nak keluar. Bak kata orang "panas di dalam"...Memang tak boleh lari dari kipas. Saya memang suka musim panas di Jepun. Sebabnya di musim panas ni kita boleh pergi berkhemah, mandi-manda di air terjun yang nyaman, menikmati ikan bakar di tepi laut sambil makan tembikai. Memang satu pengalaman yang saya tidak dapat nak lupa....di Jepun buah tembikai adalah satu simbol untuk musim panas. Sebiji tembikai harganya lebih kurang RM30. Mahal!! Orang miskin memang beli 1/4 atau 1/2 sahaja. Tetapi saya lebih suka beli sebiji!...pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan. Saya juga miskin ...tapi bukan miskin idea...huhuhu..Kalau kita di Malaysia .."Tembikai?"..tak heran...di Jepun, kalau sebut.."Hari ni kita makan tembikai"...sorak-sorai..yea!! yea!! suika! suika!
Saya pun kadangkala terpengaruh juga dengan Jepun-jepun nih...kita pun beli sama lah tembikai tu...dan orang Jepun suka makan tembikai yang ada biji...bijinya bukan banyak sangat...sebab apa..bila kita makan tembikai tu...nanti biji tu akan terkumpul dalam mulut...lepas tu kita sembur biji tembikai tu...alaaa...cam otromen sembur api kat mulut tu..."cam budak-budak betul"....tapi itulah kenyataan yang perlu kita terima...orang jepun memang nampak keanak-anakan..itulah resepi awet muda...Musim panas juga tak meriah kalau tak main "hanabi". Hanabi ni maksudnya bunga api. Bila musim panas, akan diadakan pertunjukan "hanabi" besar-besaran. Memang cantik. Hanabi yang ditembak ke udara akan membentuk "Doraemon", "Hello Kitty" ...dan macam2 lagi...memang cantik laa...Cuma pertunjukan "hanabi" ni dibuat selepas maghrib...jadi kita kena ambik tempat sebelum maghrib...Jadi lepas asar memang dah kena cari tempat. Biasanya hanabi taikai ni dibuat tepi sungai. Jadi tak susah nak ambil wudhu. Kita boleh solat bila saja masuk waktu maghrib...berjemaah pun boleh..sebab orang Jepun bukannya kisah sangat kita nak solat ke apa ke...Boleh makan-makan sambil menikmati hanabi. Lepas tu boleh jalan-jalan ke pasar malam. Tak banyak yang kita boleh makan. Biasanya kita makan jagung bakar, pop corn, tako-yaki, yaki-imo, ika-yaki...dan senbe telur...Saya suka makan senbe telur...bentuknya macam keropok udang yang disapu sos dan diletakkan telur "medama-yaki"..ala telur mata kerbau..kerbau jugak dapat nama...yang malasnya bila nak balik...kena beratur lama....jadi baik solat isya dulu kat tepi sungai tu...nanti balik laaa....balik leh terus tidurrrr...."nemutai naaa"--ZzZZ
Semua visual di dalam laman ini dimiliki sepenuhnya oleh Berkat.eZ

1 Comments:
Ooo...
camni kaedahnya
dalam bahasa jepun ada dua jenis kata sifat (in Japanese we have two types adjective)
kata sifat tu contohnya panas, sibuk, rajin, suka, cantik, sedap dan sebagainya.
Orang Jepun bahagikan semua kata-kata sifat tadi kepada
1. Kata sifat-na
2.Kata sifat-i
Mana-mana kata sifat yang berakhir dengan "na" kita kelaskan dalam kumpulan kata sifat-na.
Yang berakhir dengan -i kita kelaskan dalam kumpulan kata sifat-i.
contoh katasifat-i
1.atsui
2.Oishii
3.ookii
4.osoi
contoh katasifat-na
1.majimena-rajin
2.kireina-cantik
kita perlu tahu yang mana satu katasifat-na dan mana satu katasifat-i. Sebab bila kita nak cantumkan antara katasifat dan katakerja atau katanama, kita perlu tukarkan bunyi "ekor" katasifat itu.
contohnya.
atsui + nai akan jadi atsu-ku-nai
oishii + nai akan jadi oishi-ku-nai
kalau katasifat-na pulak,
majime + nai akan jadi majime-dewa-nai.
maknanya kalau katasifat-na , penghubung antara nai dan majime ialah "dewa" manakala utk katasifat-i pulak, penghubungnya ialah "ku".
oleh sebab katasifat-na tak banyak...jadi takyah risau...
sebab orang Jepun sendiri pun ramai yg buat silap...adakala tu sengaja silapkan supaya nampak kawaii...tak kira laki tak kira pompuan...terutamanya muda-mudi..
contohnya
"kirei dewa nai " yang paling betul...tapi derang suka sebut
"kire-ku-nai"
quizzz
1.kawaii tu katasifat apa?
dan kalau nak cakap "tak comel" camner nak cakap?
selamat mencuba
wassalam
Post a Comment
<< Home