Tuesday, January 16, 2007

Rahsia Cempaka Sari Bhg 8

"Gelang apa ni?" aku bertanya kepada Jim. Ini set Haliman-X. Set ini telah dibangunkan oleh Dr.D, dia telah mengetahui bahawa Dr.Farouq dan kuncu-kuncunya pasti membuat hal. Jadi Dr.D telah membangunkan set Haliman-X dan memusnahkan formula yang direkanya kerana khuatir jatuh ke tangan Dr.Farouq. Jadi hanya ada empat set ini saja."Macam mana nak guna ni?" Mat Yol memang terburu-buru ingin mengetahui fungsi Haliman-X. " Macam ni, kalau kita pakai set Haliman-X ini, dan aktifkan dengan cap jari telunjuk, maka secara otomatik tubuh kita akan diseliputi oleh lapisan digital(Digital layer), yang mana digital layer ini boleh mengubah rupabentuk kita kepada bentuk yang kita sukai. Kita boleh menjadi halimunan jika kita setkan lapisan digital ini sebagai sifar. Sekiranya kita masukkan nombor pengenalan diri 800510-03-5939 pada gelang Haliman-X dan tekan butang merah, maklumat akan dihantar kepada tali pinggang Haliman-X dalam masa 0.07 saat dan akan menukarkan wajah kita serta bentuk badan kita kepada individu yang memegang pengenalan diri 800510-03-5939.

Wednesday, January 10, 2007

Rahsia Cempaka Sari Bhg 7

Bismillah

Ada seseorang sedang terbaring di tengah jalan. Mujurlah Jim cekap. Kalau tidak tentu remuk badan orang tua itu. Kami keluar dari Satria ingin melihat siapakah gerangannya orang tua itu. Orang tua itu terbaring terlungkup. Masih bernafas lagi. Bila sahaja Mat Yol mengangkat kepala orang tua itu, kami terkejut " Dr. D!!!". Muka Mat Yol pucat melihat keaadaan Dr. D yang parah itu. Mukanya penuh berlumuran darah. Jim mengeluarkan saputangannya dan mengesat darah di muka Dr D. "Angkara siapa ni Dr D?"... Aku menjadi marah. Kalau aku jumpa siapa yang punya angkara ini, akan aku tenyeh-tenyeh mukanya ke jalan. Biar padan muka dia. Jim memangku kepala Dr.D dan mendekatkan telinganya kepada Dr.D. Terdengar Dr.D terkumat-kamit memberitahu sesuatu."Dr Farouq Asfi...Dr Farouq Asfi...dia telah mencuri formula itu...cari Dr Farouq Asfi...kalau terlambat musnahlah Kantan Agong...ashadu-alla-ilaha-illallah wa-ashadu-anna-muhammadan-rasulullah..."." Dr D...jangan tinggalkan kami Dr D...!!!". Sebak sungguh rasanya. Sejak kehilangan Dr. D terasa seolah semua kerja tak menjadi. Jim memang nampak celaru kerana dia memang rapat dengan Dr D. Tapi kami tak boleh berdiam diri kerana Dr Farouq dan rakan-rakannya sedang merancangkan kejahatan untuk memusnah kota Kantan Agong. Sekiranya Kota Kantan Agong dimusnahkan iannya akan melumpuhkan kekuatan Semenanjung Emas ini. Sekiranya Dr Farouq tidak dihalang maka seluruh semenanjung Emas ini hanya akan jadi kenangan dan ilusi semata. Formula yang diperolehi oleh Dr Farouq itu akan mengaktifkan berlian pejal biru nilam dan menghasilkan tenaga yang sangat kuat. Tenaga itu lebih berkuasa dari tenaga nuklear. Sesiapa sahaja yang boleh mengaktifkan tenaga nilam biru akan menguasai Semenanjung Emas. Sekiranya kuasa itu dimiliki oleh Dr Farouq, nescaya hancur musnahlah Semenanjung Emas. Hanya segelintir saja yang sedar akan kebejatan hati Dr Farouq. Kebolehan untuk bermuka-muka menjadikan kejahatannya terselindung. Tapi kali ini aku tidak akan membiarkan Dr Farouq bertindak sewenang-wenangnya. Jim! Mat Yol! cepat bersiap... Tim sudah menunggu di Pulau Gambir. Kita akan bergerak ke Kantan Agong hari ini juga. Sebelum bertolak Jim mengeluarkan sesuatu dari sebuah kotak kayu berukir. Empat gelang tangan dan empat tali pinggang.