Rahsia Cempaka Sari - Bhg 6
Bismillah.
Jim memang perasan malam ini betul-betul banyak kelip-kelip. Tapi mengapa ye... Jim memang berminat dengan kelip-kelip. Jim pernah cerita kepada aku dulu, kelip-kelip ini mengeluarkan cahaya tanpa haba. Aku tidak pula pernah kaji tentang kelip-kelip ni. Ye lah kan, yang aku tahu kelip-kelip ni lambang cinta antara Dara dan Teruna. Cinta berputik pada kesunyian dan ketenangan malam. Boleh jadi cinta terlarang...ishh aku ni merepek la pulak.Tapi betul...bercinta tu bercinta juga, tapi jangan sampai cinta terlarang. Lagipun tak sopan jika berdua-duaan di tempat yang sunyi tanpa ada ikatan yang sah...Sedang aku mengelamun, Jim sudah memberhentikan Satrianya. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Agak bersemak sedikit di situ. Jim selamba saja, dia redah semak tu sikit, kemudian dia tangkap seekor kelip-kelip. Jim berlari-lari anak ke Satria jagoannya, dan mengambil botol PET. Dia masukkan kelip-kelip tu dalam botol PET tu, kemudian dia tunjukkan kepada aku. "Cuba kau lihat kelip-kelip ni, cantik bukan! Inilah kecantikan semulajadi".Jim bermadah. Tapi memang aku tahu sejak dulu lagi, Jim memang sukakan kecantikan semulajadi."Natural beauty" orang putih kata.Bak kata orang Jepun "Shi-zen". Mat Yol yang sedang tidur tersedar, bila aku menutup pintu Satria dengan kuat. Aku memang susah hendak buang tabiat lama aku. Aku memang, kalau aku tutup pintu kereta, aku akan tutup dengan sepenuh hati. Orang Jepun kata "Omoyyari"."Eh, apa yang bersinar-sinar tu? Cantikknya".Terbeliak biji mata Mat Yol. Kagum dengan keindahan malam yang diserikan dengan satu titik cahaya."Kelip-kelip".Jim menjawab ringkas. "Ooo...Pteroptyx Tener.Kita boleh jumpa banyak spesis ni di Kantan Agong. Spesis kelip-kelip suka bertenggek pada daun-daun pokok Sonneratia caseolaris."Mat Yol bercerita. Aku tak paham langsung nama-nama saintifik yang dia guna."Apa?...Sonea Solaris?" Jim ternganga kerana itulah kali pertama dia mendengar nama tu..."Bukanlah..Sonne-ra-tia Ca-seo-la-ris".Mat Yol mengeja."Mmm...cantik nama tu.Tapi apa maksudnya?"aku bertanya."Sebenarnya, ianya adalah sejenis pokok bakau yang banyak terdapat di Kantan Agong. Tetapi pokok bakau jenis ini hampir saja pupus....sayang!". Mat Yol mengeluh.Jim mula berminat tentang kelip-kelip itu."Mat Yol, macamana kelip-kelip ni boleh keluarkan cahaya ye? Hebat betul kuasa Allahkan..."Jim bertanya."Sebenarnya ini adalah tindakan enzim luciferase , oksigen, luciferin dan ATP.Tindak balas ini akan menghasilkan cahaya". Mat Yol cuba menerangkannya, tetapi oleh sebab Jim sudah terkebil-kebil biji mata cuba memahami nama-nama enzim tersebut,Mat Yol berhenti di situ saja."Nantilah, esok aku bagi pinjam kat kau buku pasal kelip-kelip tu.Kau boleh baca... Oh ye... esok kita nak pregi Kantan Agong dengan apa ye?" Mat Yol mengubah topik. "Esok Tim dah janji, dia akan ambil kita dekat padang-heli Pulau Gambir jam 830 pagi. Tim pesan supaya bawak baju tebal sikit kerana suhu di Kantan Agong agak rendah sedikit. Kali ni kita kena naik helikopter 15-Pace sebab helikopter 17-Aduca ada masalah sikit".Tiba-tiba Jim brek mengejut...brekkkk...-bersambung

0 Comments:
Post a Comment
<< Home