Friday, August 25, 2006

Rahsia Cempaka Sari 3

Bismillah

Hari ini 25 Ogos 2006. Hujan petir berterusan lagi di Pulau Gambir. Memang sudah aku jangka. Musim tengkujuh sudah mula menjengah. Tadi lebih kurang jam 5.30 petang petir dan guruh saling menyabung. Sesekali diselangi oleh kilat. Memang kilat yang sampai dulu ke Bumi sebelum guruh. Ini kerana cahaya lebih cepat bergerak dibandingkan dengan bunyi. Menurut Dr.D cahaya bergerak sejauh 300,000 km dalam masa satu saat. Andaikata ada satu kenderaan yang bergerak selaju cahaya, maka kenderaan itu boleh mengelilingi Bumi sebanyak tujuh kali dan setengah dalam masa satu saat. Aku rasa mustahil akan ada kenderaan seumpama itu didunia ini." Sebab itulah kita mesti cari satu cara lain selain daripada menggunakan kenderaan yang dibuat daripada besi, ini kerana besi yang berat akan menghasilkan geseran di antara zarah-zarah di udara yang menyebabkan kelajuan kenderaan ini berkurangan"-Jelas Dr.D. "Tapi ada ke kenderaan yang boleh bergerak dengan halaju cahaya?"-Tanya aku. "Mmm....setakat belum ada lagi..tapi saya merasakan bahawa malaikat dan Buraq, kenderaan Nabi Muhammad-Selawat dan Salam ke atas baginda- semasa Israk Mikraj berkelajuan cahaya. Tapi buat masa ini belum ada lagi mana-mana kenderaan yang boleh menyamai kelajuan cahaya"- Panjang lebar Dr.D menerangkannya. Hmmm....bagaimana pula dengan kelajuan bunyi? Kilat sampai dulu berbanding guruh. Ini bermakna kelajuan bunyi adalah kurang daripada kelajuan cahaya. Tapi berapa kelajuan bunyi ye...aku musykil. Aku cuba mencari di dalam Kitab Keajaiban Alam karangan Dr.Hazimin Mustafa tentang halaju bunyi. Kitab Keajaiban Alam ini memang tebal. Di dalamnya terkandung semua rahsia alam yang telah dikaji oleh Dr.Hazimin Mustafa. Inilah kitab yang menjadi rujukan aku selepas Al-Quran dan Kitab Hadith Shahih. Dr.Hazimin Mustafa telah mengolah semua rahsia kejadian alam dan mengaitkannya dengan Pencipta. Yeah!! Mukasurat 284-Bunyi- Menurut Kitab Keajaiban Alam,bunyi bergerak lebih kurang 340 meter dalam masa satu saat. Ini bermakna jika dibandingkan dengan cahaya bagaikan langit dengan bumi.Masyaallah hebatnya! Apakata aku cari tentang kilat. Di mukasurat 1636, semasa kilat berlaku sinaran Gamma akan dibebaskan. Sinar Gamma?? -Bersambung esok

0 Comments:

Post a Comment

<< Home