Wednesday, August 23, 2006

Rahsia Cempaka Sari

Bismillah

Malam ini sungguh nyaman. Bunyi abang-abang katak bergembira selepas hujan sungguh mengasyikkan. Aku Jim, Mat Yol berjalan keluar dari kedai makan. Azan Isyak sudah kedengaran. Hendak patah balik semula ke Masjid Biru sudah pun separuh jalan. Jadi, surau tingkat dua pun jadilah. Tapi di tingkat dua ada sekumpulan pelajar sedang berhalaqah. Tidak manis kalau kita bersolat mereka berhalaqah. Jim dan Mat Yol toleh memandang aku...aku mengisyaratkan ke atas. Solat di tingkat atas. Bilik Dr.D. Hujan petang tadi sungguh lebat. Agaknya sekarang sudah masuk musim tengkujuh, dengus hatiku. Pulau Gambir sudah dijenguk tengkujuh. Kami hanya tinggal dua bulan saja lagi di Pulau Gambir ini. Bulan Duabelas nanti ke Kantan Agong lah kami. Membina hidup baru di Kantan Agong. Kehidupan yang bakal bermula dari kosong. Kosong yang tidak berisi. Teringat lagi aku kenangan-kenangan manis di Pulau Cempaka Sari, mandi-manda di Pantai Delina di Pulau Ubun-Ubun. Di situ menurut Dr.D tersembunyi peninggalan Cempaka Sari keturunan ketiga Mahsuri. Cempaka Sari gadis sunti yang sangat cantik. Secantik Mahsuri. Kegilaan semua pemuda-pemuda. Dicemburui oleh semua gadis-gadis sunti di Pulau Cempaka Sari. Menurut Dr.D sebelum ini pulau ini bernama Pulau Tuba. Tetapi telah ditukar namanya kepada Pulau Cempaka Sari bersempena dengan Cempaka Sari.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home