Sunday, June 04, 2006

Lagu-Uta

Bismillah









1. このうたがいいですね。(ko-no u-ta ga ii-de-su-ne)
Lagu ni baguslah.

2. このうたがだいすきです。(ko-no u-ta ga dai-su-ki de-su)
Saya suka sangat lagu ni.

3. うったてくれる?(u-tatte ku-re-ru?)
Boleh tolong nyanyi?

4. うるさい!(u-ru-sai!)
Bisinglah!


Semasa saya berada di Jepun, mendengar lagu sungguh menyeronokkan. Terus terang saya katakan, saya memang sukakan lagu. Walaupun mungkin melalaikan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan hidup orang Jepun dipenuhi dengan lagu. Artisnya tersangatlah ramai. Tenggelam dan timbul. Bila orang muda naik, orang lama turunlah pentas. Begitulah adat dunia kan. Tidak ada orang yang boleh menghalangnya selagi persaingan adalah adil. Saya pun tidak tahu samada ini satu kebaikan atau keburukan untuk Negara Jepun apabila anak-anak mudanya ramai yang berminat untuk jadi artis. Akan tetapi kemajuan Jepun dalam mempertahankan harta intelek negara, memberi jaminan kepada artis-artis yang masyhur. Ramai artis yang menjadi kaya-raya. Malahan ada yang menjadi jutawan. Apa yang dapat saya lihat di Negara Jepun rakyat ditanam jitu membenci sebarang hasilan tiruan dan cetak rompak. Dengan itu akta tidak perlu dipaksakan ke atas rakyat. Harta intelek milik artis-artis Malaysia juga perlu dipertahankan. Nilai budaya dan akhlak artis Malaysia juga semakin hari semakin bagus dengan kehadiran artis berilmu. Artis seperti M.Nasir, Raihan, Mawi, Inteam dan lain-lain menyerlahkan personaliti artis berilmu. Kebagusan seseorang artis itu bukan hanya terletak pada suaranya sahaja. Tetapi kebagusan itu juga terletak pada nilai diri dan nilai pesanan yang dimuatkan pada lagunya. Lagu-lagu di Jepun mempunyai nilai dan jatidiri tersendiri. Walaupun ada juga lagu-lagu yang merapu dan merepek. Lagu Jepun sentiasa berubah-ubah mengikut musim, tetapi lagu musim bunga dan musim panas yang paling banyak. Ye la kan, takkan di musim bunga nak dengar lagu musim sejuk. Mengikut pengetahuan saya, kedai-kedai tidak boleh memasang mana-mana lagu di kedainya melainkan setelah di tandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman. Lagu-lagu yang masyhur akan dipasang di kedai-kedai yang telah berjanji. Lagu yang paling saya ingat ialah lagu "sa-ka-na". Maknanya ialah "ikan". Kedai ikan pasaraya Daie memasang lagu "sa-ka-na". Lagu ini dinyanyikan dengan suara yang memikat hati kanak-kanak. Satu galakan untuk memakan ikan segar."sa-ka-na o sa-ka-na, sa-ka-na wo ta-be-ru-to,a-ta-ma o a-ta-ma, a-ta-ma ga yo-ku-na-ru".Maksudnya ialah "ikan oh ikan, andai kita makan ikan, akal oh akal, akal akan menjadi baik". Banyak lagi lagu-lagu yang baik. Satu lagi ialah lagu "Mam-bi-ki". Mambiki ialah perbuatan ketek iaitu mencuri barang di kedai-kedai seperti kedai buku dan kedai serbaguna. Semakin hari semakin menjadi-jadi masalah ketek yang dilakukan oleh anak-anak sekolah. Bukannya tidak ada pitis, tetapi saja suka-suka. Pelbagai cara yang dilakukan untuk membanterasnya tetapi agak sukar kerana kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan antara pekedai dan pengetek. Jadi cara yang terbaik ialah dengan memasang lagu "mambiki". Apabila pekedai mengesyaki ada tetamu ingin mengetek di kedainya dia akan memasang lagu "Mambiki". Hasilnya sungguh memberangsangkan! Nanti saya akan ceritakan tentang konsep tetamu di kedai Jepun.Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home