Kawaisou-Kesiannya

Visual ini milik sepenuhnya oleh Berkattechno.
1. じかんをまもってね。
Ji-kan wo ma-motte-ne.
Tolong tepati masa ye.
2. かわいそうね。
Ka-wai-sou-ne.
Kesiannya.
3. いいじゃん。
ii-jann.
ok apa..
4. いかないで!
ika-nai-de!
Janganlah pergi!
Masa saya mula-mula sampai ke Jepun, memang tersemat di dalam dada saya bahawa orang Jepun sangat menepati masa bekerja. Dan memang majoritinya adalah begitu. Walaupun ada segelintir yang bukan sebegitu. Khususnya pelajar. Pelajar Universiti. Lambat ke kelas atau kadangkala ponteng terus. Ini kerana semasa zaman belajar, itulah honeymoon. Lepas belajar esok-esok kalau dah kerja, sukar untuk cari masa berlenggang kangkung. Yelah hidup di Jepun, ketekunan adalah segala-galanya. Orang yang tidak tekun usah mengharapkan sesuap nasi. Penduduk yang terlalu padat di bandar-bandar besar memaksa mereka untuk tekun. Kalau tidak jadi tukun. Walaubagaimanapun, orang Jepun sebenarnya mencemburui kehidupan kita di Malaysia. Ini kerana hidup kita di Malaysia terlalu mudah. Tidak perlu bergelut dengan persaingan. Tidak perlu bermati-matian kerja. Boleh pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Kehidupan kita di Malaysia dikatakan "nombiri" dan "yuttari"...susah untuk menterjemahkan perkataan ini. Andaikata dapat saya metaforakan, lihatlah pada permai daun kelapa yang meliuk lentuk disapa bayu, dan berbuai di dalam buaian di bawah pokok, atau duduk di kerusi malas. Itulah suasana nombiri. Masa yang berjalan perlahan, diiringi bunyi siulan burung, ruang yang luas, dan lapang. Inilah yang dapat saya bayangkan maksud "yuttari". Walaubagaimanapun, seandainya kita terus berdiam diri tanpa berbuat sesuatu untuk kehidupan, tanpa memperkasakan iman kita, suasana nombiri dan yuttari itu akan dirampas. Bukan siapa-siapa yang merampas dari kita tetapi kekosongan jiwa dan kesibukan mencari harta yang merampasnya. Maka jadilah orang yang bistari. Bistarian senantiasa mencari jalan supaya emas untuk kehidupan sentiasa mengalir masuk dan iman sentiasa meningkat, kehidupan yang "nombiri" serta "yuttari". Bistarian bukan orang yang malas, tetapi bistari. kakitangannya serta aqal fikirnya sentiasa berputar ligat di atas landasan yang halal.
Jadilah Bistarian

0 Comments:
Post a Comment
<< Home