Thursday, June 01, 2006

suugaku-matematik

Bismillah








1. すうがくがきらい。(suu-ga-ku ga ki-rai)
Saya tak suka matematik.

2. すうがくがだいすき。(suu-ga-ku ga dai-su-ki)
Saya sangat suka matematik.

3. けいさんがとくいです。(Kei-san ga to-kui desu)
Saya mahir dalam kira-kira.

4. あなたのけいさんはおそいですね。(Ana-ta no kei-san wa o-soi desu-ne)
Awak mengira lambat betul.

Fobia matematik? Saya tak pasti tapi saya rasa orang Jepun juga fobia dengan nombor-nombor. Terutamanya golongan Hawa di Jepun. Mereka kebanyakannya cuba lari dari matematik. Kalau kita lihat di Jabatan Matematik agak sukar untuk menemui pelajar atau guru matematik perempuan. Wanita-wanita Jepun lebih suka kepada bidang-bidang kesusateraan, kelas-kelas sains sosial. Selain itu mereka lebih cenderung kepada bidang-bidang persuratan. Kalau kita melawat sekolah-sekolah Jepun, mereka agak fobia kepada matematik. Fobia tidak bermakna mereka tidak pandai matematik. Malah mereka lebih terkehadapan dalam bidang matematik jika dibandingkan dengan Malaysia. Namun bukan pula bermakna kita menidakkan kebolehan orang Malaysia. Selagi mana kita adalah manusia kita mempunyai kebolehan yang boleh diasah.Malaysia Boleh. Cuma, kaedah pembelajaran matematik sekarang perlu kepada perubahan sedikit. Orang Jepun sebut "kaizen"...Maknanya membuat evolusi kaedah pembelajaran yang lebih baik dari semasa ke semasa. Buku-buku teks di Jepun sentiasa berubah-ubah menjadi lebih baik. Jadi adalah sangat perlu kita buat "anketo"...iaitu soalselidik dari semasa ke semasa untuk tahu tindakbalas pendidik dan pelajar kita. Di Jepun akhir-akhir ini semua perkara hendak dibuat "anketo". Ini mungkin kesan daripada persaingan yang sangat sengit, menyebabkan mana-mana institusi tidak boleh selesa dengan zon aman yang dibinanya. Senantiasa ada mata-mata yang mengintai kita untuk mengatasi kita. Perkembangan matematik dan sains semasa juga perlu sering diperhalusi. Kaedah pembelajaran yang lebih mudah untuk difahami, dan pembelajaran bukan berasaskan peperiksaan semata-mata. Kita tidak boleh berada di takuk lama untuk selama-lamanya. Ini kerana perubahan zaman sentiasa menghasilkan ilmu baru dan pengetahuan baru membolehkan kita lebih memahami perkara-perkara lama dengan lebih senang. Setiap kali kita berada di zon aman, kita mestilah mencari puncak-puncak yang lebih tinggi untuk didaki. Ini kerana setiap kali kita berhenti rehat pasti ada orang lain yang mendaki. Ini bukan bermakna kita mesti berlawan antara satu sama lain, tetapi ini adalah satu langkah supaya kita tak merasa rendah diri. Sebagai contoh, di kala kita sudah menguasai bahasa Inggeris, orang Jepun masih merangkak mempelajari bahasa itu. Kita tidak boleh duduk berdiam diri. Ini kerana apabila orang Jepun sudah mula menguasai Bahasa Inggeris, mereka akan menjadi setaraf dengan kita dari segi bahasa. Maka kita akan kehilangan kelebihan kita sebagai bangsa lidahnuri. Kita mestilah sentiasa meningkatkan kebolehan kita dari semasa ke semasa. Kebolehan yang ada bukanlah untuk meninggikan diri, apatah lagi untuk bongkak, tetapi ia adalah perisai supaya kita terselamat daripada direndah-rendahkan dan ditipu. Jadi cubalah untuk menguasai semangat "kaizen" supaya kita kekal "uptodate".


wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home