Shiawase-Bahagia

Sekarang dah masuk bulan Jun. Dalam Bahasa Jepun kita sebut "ro-ku-gat-su". Iaitu bulan keenam. Cerita pasal kalendar Jepun sikit. Di Jepun, dua jenis kelendar digunapakai. Satu kalendar tradisional, satu lagi ialah kalendar barat. Kalendar tradisional yang paling banyak digunapakai. Setakat yang saya tahu,cuma tahun yang berubah. Haribulan tidak berubah. Saya rasa tahun-tahun ditetapkan berdasarkan kepada pemerintahan Tenno.
a. 1868-1912 (+-1867) ialah zaman Meiji.
b. 1912-1926 (+-1911) ialah zaman Taisho.
c. 1926-1989 (+-1925) ialah zaman Showa.
d. 1989-sekarang (+-1988) ialah zaman Heisei.
Katakanlah saya lahir pada 10.05.1980 maka mengikut kalendar Jepun saya lahir pada zaman Showa. Jadi kad pengenalan saya di Jepun mestilah bertarikh 10.05.Showa55.Macam mana nak kira tu? Senang sahaja.Kalau awak lahir pada 11.07.1999 maka mengikut kalendar Jepun, awak lahir pada zaman Heisei.Tolakkan dengan 1988.Jadi tarikh lahir awak ialah 11.07.Heisei11.Mmmm...Kalau dari kalendar Jepun nak tukar kepada kalendar barat bagaimana?Contohnya 15.09.Heisei5. Senang sahaja.Tambahkan 5 + 1988 = 1993.Kalau perhatikan kat atas tu, saya ada tulis (+-1867),(+-1911),(+-1925)dan (+-1988). Kalau dari kalendar barat ---> kalendar Jepun, tolakkan. Kalau dari kalendar Jepun ---> Kalendar barat, tambahkan. Senangkan. Tetapi saya tak hafal tarikh-tarikh ni semua. Kalau kita isi borang di Jepun,kita kena isi tarikh dalam sistem kalendar Jepun.Tau apa yang saya buat? Saya tulis dalam sistem kalendar barat. Nanti kerani tu akan tolong tukarkan. Sekarang ni musim apa ye di Jepun. Masih lagi sejuk agaknya. Bulan tujuh nanti barulah masuk musim panas. Saya rindu nak dengar bunyi cengkerik bernyanyi. Kalau awak pergi ke Jepun, bunyi cengkerik nilah yang paling awak benci. Sebulan dia berkaraoke. Memekak sepanjang siang. Pulak tu siang awal dan panjang. Memang tak boleh tidur. Tetapi bila balik ke Malaysia rindu pada cengkerik tu. Semasa saya di Jepun, orang Jepun sangat suka pada anak-anak ikan "me-da-ka". Ikan yang tidak ada warna dan tidak menarik langsung. Matanya pula agak besar. Budak-budak kecik menangguknya untuk di simpan di dalam balang. Kadang-kadang untuk pelajaran sains di sekolah. Tetapi apabila kita sudah memasuki budaya mereka, maka kita, saya akan merindukan "me-da-ka". Terkenang-kenang pada medaka yang berenang-renang sekeluarga bersama-sama ayah,ibu,adik,kakak,abang dan sepupu-sepapat di dalam sungai yang jernih. Bersembunyi di sebalik batu-batu. Bahagia."shi-a-wa-se". Tapi itu semua tinggal kenangan. Peluang yang sukar saya perolehi di Malaysia kerana sungai-sungai kita sudah mula dicemari dengan tangan-tangan jahat manusia yang tidak pernah merasa kasihan pada ikan-ikan dan udang-udang kecil. Suatu masa dahulu tentu sungai kita bersih dan jernih kan.Tetapi kilang-kilang dan perumahan yang mendadak banyaknya mengalirkan sisa-sisa nista mereka ke sungai tempat sekawan ikan bermain. Mereka hilang tempat bermain. Mereka hilang tempat bersukaria. Mereka hilang tempat mencari anak-anak udang. Anak-anak udang lari. Anak-anak udang mati. Mereka hilang tempat melompat-lompat. Hilang tempat membesar. Yang ada hanya sampah dan lendir.Sisa-sisa nista manusia yang tamak.Tamak pada pitis.
wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home