Cempaka Sari 2
Menurut Dr.D kita boleh kembali ke zaman Cempaka Sari dan bertemu dengannya. Aku bagaikan tidak percaya. Aku sebagai seorang pakar matematik memang percaya pada kewujudan dimensi yang lebih tinggi. Tetapi untuk beralih dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain itu agak sukar pada aku untuk direalisasikan. Seolah-olah dongeng. Tapi menurut Dr.D dia telah menemui satu formula yang membolehkan kita menerobosi masa menuju ke zaman silam. Sekiranya formula itu dipakai bermakna kita akan dapat merekacipta satu kenderaan yang boleh membawa kita ke zaman silam atau ke masa hadapan. Namun begitu, ada satu masalah. Sekiranya kita kembali ke zaman silam, atau pergi ke masa hadapan, tidak ada jaminan untuk kita pulang semula ke zaman sekarang. Kerana menurut Dr.D sekiranya kita pergi ke zaman silam atau masa hadapan, kita seolah-olah telah menghentikan masa pada waktu sekarang. Sekiranya waktu sekarang dihentikan, maka tidak ada masa hadapan. Aku sudah pening dengan penjelasan Dr.D yang pada aku berbelit-belit. Tapi aku ingin pergi menemui Cempaka Sari. Kalau boleh aku akan selamatkan Mahsuri daripada dihukum sebegitu kejam. Tapi itu bermakna aku sudah menukar sejarah. Mat Yol melaung-laung dari bawah. Pyan... cepat sikit! Kita dah lambat ni... Burung-burung yang berkicauan hinggap dari satu dahan ke dahan yang lain. Aku memang suka melayan hati dan perasaan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home