Rahsia Cempaka Sari - Bhg 5
Bismillah.
"Tapi Dr.D, belian pejal tu mana kita nak cari? Bukan senang nak cari berlian pejal.Setahu saya berlian pejal itu hanya boleh diambil di New South Wales di New Zealand. Kerajaan New Zealand sudah tentu tidak akan membenarkan kita menggali berlian pejal mereka.Dr.D, semua berlian pejal boleh ke kita gunakan untuk eksperimen kita kali ni? Aku mula menunjukkan minat aku kepada projek Dr.D...aku boleh lihat Dr.D sedang mengerutkan dahinya yang luas...memang rambut Dr.D sudah agak uzur. Putih beruban. " Bukan semua berlian pejal boleh digunakan dalam eksperimen ini, hanya berlian pejal biru nilam saja yang boleh kita guna...dan jangan bimbang kerana berlian pejal biru nilam ini kita boleh dapatinya di dasar laut dekat Pulau Tuba. Lihat peta ini...tapi kamu kena ingat Pyan, jangan beritahu sesiapa pun tentang peta ini. Hanya Jim, Mat Yol dan kamu saja yang tahu tentang peta ini. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, saya mahu kamu bertiga pergi ke tempat ini dan di dasar inilah terdapat timbunan berlian pejal biru nilam." Apabila Dr.D bercakap sedemikian rupa, aku naik cuak... kenapa Dr.D cakap begini...aku cuba menenangkan fikiranku dan cuba berfikiran positif...mana mungkin perkara pelik-pelik akan berlaku."Kenapa kita mesti gunakan berlian pejal biru nilam Dr.D?"...aku agak musykil." Berlian pejal biru nilam adalah berlian paling keras di atas mukabumi. Berlian pejal biru nilam mengandungi atom boron pada matrik kristal menggantikan atom-atom karbon. Selain dari itu, berlian pejal biru nilam juga adalah pengalir termal yang paling baik.Mungkin lebih bagus dari kuprum.Jadi sebab itulah kita memilih berlian pejal biru nilam".Aku merenung peta yang diberikan oleh Dr.D dan aku dapat lihat rajah tetrahedra sepuluh di tengah-tengah peta tersebut. Mungkin lambang tetrahedra dipilih kerana Dr.D ingin mengingatkan kita tentang struktur sususan atom-atom karbon berlian. Menurut Kitab Keajaiban Alam, atom-atom karbon di dalam berlian disusun secara tetrahedra.Susunan dalam bentuk tetrahedra ini menjadikan atom-atom karbon ini bersifat simetri.Arghh...aku sudah mula penat. Hari sudah jauh malam...sayup-sayup kedengaran cengkerik-cengkerik malam. Aku mendongak ke langit, masyaallah... cantik sungguh bulan mengambang. Melihatkan bulan yang sedang mengambang, aku teringat pada Cempaka Sari... tentu wajahnya secantik cahaya bulan ini. Tentu sejuk mata aku memandangnya. Alangkah indahnya andaikata Cempaka Sari ada di sini bersama-samaku...sebagai isteriki...sambil merenung bulan yang indah...ewah-ewah sedapnya kau mengelamun yea...cheh...Mat Yol dan Jim menyergah dari belakang. Nakal betul mereka berdua ni...aku baru saja nak berfantasi.Dah jom balik..."Tapi malam ni banyak betul kelip-kelip ye"- Jim kelihatan pelik... bersambung

0 Comments:
Post a Comment
<< Home