Monday, August 28, 2006

Malam Ini Menggeruk lagi

Bismillah

Malam ini katak berbunyi lagi...gruk-gruk,grek-grek...menanti hujan turun. Tapi hujan tak turun-turun. Kenapa ye? Adik katak bertanya kepada ibunya. Ibunya menjawab memanglah hujan tak turun sebab ini bukan musim tengkujuh. Adik katak bertanya kepada ibunya, kenapa kita menggeruk di malam-malam begini? Ibunya segan menjawab, tapi dikiasnya, malam-malam begini memang sejuk anakku. Betul juga kata ibu katak. Tapi kenapa katak jantan dewasa sahaja yang menggeruk... Pelik bercampur ajaib. Katak-katak menggeruk bilamana berada di dalam perigi.

Sunday, August 27, 2006

Rahsia Cempaka Sari 4

Bismillah

Sinar Gamma adalah satu sinar elektromagnet. Menurut Dr.D salah satu cara untuk kita kembali ke zaman lepas ialah dengan menggunakan sinar Gamma. Tetapi kekangan-kekangan yang wujud pada atmosfera bumi menyebabkan agar sukar bagi kita merealisasikan projek ini. Projek yang sedang dijalankan oleh Dr.D ialah Camp Sari-Ⅱ. Sekiranya projek Camp Sari-Ⅱ ini berjaya maka kita akan berjaya pulang ke zaman lepas. Tetapi yang menjadi masalah sekarang ini ialah apakah kaedah yang patut kita gunakan untuk mencari hubungkait antara satu sama lain. Tapi yang penting ialah kita mestilah menumpatkan sinar gamma dan menembakkannya kepada berlian pejal untuk menghasilkan kilatan unggul dan kilatan unggul ini akan memancarkan cahaya kepada mesin cahaya untuk menghilangkan jisimnya dan beratnya. Jadi antara cara yang ada ialah dengan cara membawa mesin cahaya ke planet Marikh. Segala eksperimen perlu dibuat di sana."Pyan, pekerjaan kita ini akan memerlukan wang yang banyak. Kita memerlukan wang sebanyak 30 Billion Ringgit. Siapakah yang sanggup menawarkan geran sebanyak itu kepada kita"- Dengus Dr.D. Aku teringat kepada Dr.Hazimin Mustafa. Dia memang terkenal dengan kekayaan syarikat gergasinya Zimin Corp. Syarikat pengeluar senjata biologi terbesar di rantau ini. Dia tentu boleh menolong kita. Ini kerana dia tentu ingin kembali ke zaman lepas untuk mengutip bakteria-bakteria purba beribu-ribu tahun lepas.Dengar kata bakteria-bakteria pada zaman lepas boleh membantu untuk pelupusan senjata berat yang dihasilkan oleh musuh.

Friday, August 25, 2006

Rahsia Cempaka Sari 3

Bismillah

Hari ini 25 Ogos 2006. Hujan petir berterusan lagi di Pulau Gambir. Memang sudah aku jangka. Musim tengkujuh sudah mula menjengah. Tadi lebih kurang jam 5.30 petang petir dan guruh saling menyabung. Sesekali diselangi oleh kilat. Memang kilat yang sampai dulu ke Bumi sebelum guruh. Ini kerana cahaya lebih cepat bergerak dibandingkan dengan bunyi. Menurut Dr.D cahaya bergerak sejauh 300,000 km dalam masa satu saat. Andaikata ada satu kenderaan yang bergerak selaju cahaya, maka kenderaan itu boleh mengelilingi Bumi sebanyak tujuh kali dan setengah dalam masa satu saat. Aku rasa mustahil akan ada kenderaan seumpama itu didunia ini." Sebab itulah kita mesti cari satu cara lain selain daripada menggunakan kenderaan yang dibuat daripada besi, ini kerana besi yang berat akan menghasilkan geseran di antara zarah-zarah di udara yang menyebabkan kelajuan kenderaan ini berkurangan"-Jelas Dr.D. "Tapi ada ke kenderaan yang boleh bergerak dengan halaju cahaya?"-Tanya aku. "Mmm....setakat belum ada lagi..tapi saya merasakan bahawa malaikat dan Buraq, kenderaan Nabi Muhammad-Selawat dan Salam ke atas baginda- semasa Israk Mikraj berkelajuan cahaya. Tapi buat masa ini belum ada lagi mana-mana kenderaan yang boleh menyamai kelajuan cahaya"- Panjang lebar Dr.D menerangkannya. Hmmm....bagaimana pula dengan kelajuan bunyi? Kilat sampai dulu berbanding guruh. Ini bermakna kelajuan bunyi adalah kurang daripada kelajuan cahaya. Tapi berapa kelajuan bunyi ye...aku musykil. Aku cuba mencari di dalam Kitab Keajaiban Alam karangan Dr.Hazimin Mustafa tentang halaju bunyi. Kitab Keajaiban Alam ini memang tebal. Di dalamnya terkandung semua rahsia alam yang telah dikaji oleh Dr.Hazimin Mustafa. Inilah kitab yang menjadi rujukan aku selepas Al-Quran dan Kitab Hadith Shahih. Dr.Hazimin Mustafa telah mengolah semua rahsia kejadian alam dan mengaitkannya dengan Pencipta. Yeah!! Mukasurat 284-Bunyi- Menurut Kitab Keajaiban Alam,bunyi bergerak lebih kurang 340 meter dalam masa satu saat. Ini bermakna jika dibandingkan dengan cahaya bagaikan langit dengan bumi.Masyaallah hebatnya! Apakata aku cari tentang kilat. Di mukasurat 1636, semasa kilat berlaku sinaran Gamma akan dibebaskan. Sinar Gamma?? -Bersambung esok

Thursday, August 24, 2006

Cempaka Sari 2

Menurut Dr.D kita boleh kembali ke zaman Cempaka Sari dan bertemu dengannya. Aku bagaikan tidak percaya. Aku sebagai seorang pakar matematik memang percaya pada kewujudan dimensi yang lebih tinggi. Tetapi untuk beralih dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain itu agak sukar pada aku untuk direalisasikan. Seolah-olah dongeng. Tapi menurut Dr.D dia telah menemui satu formula yang membolehkan kita menerobosi masa menuju ke zaman silam. Sekiranya formula itu dipakai bermakna kita akan dapat merekacipta satu kenderaan yang boleh membawa kita ke zaman silam atau ke masa hadapan. Namun begitu, ada satu masalah. Sekiranya kita kembali ke zaman silam, atau pergi ke masa hadapan, tidak ada jaminan untuk kita pulang semula ke zaman sekarang. Kerana menurut Dr.D sekiranya kita pergi ke zaman silam atau masa hadapan, kita seolah-olah telah menghentikan masa pada waktu sekarang. Sekiranya waktu sekarang dihentikan, maka tidak ada masa hadapan. Aku sudah pening dengan penjelasan Dr.D yang pada aku berbelit-belit. Tapi aku ingin pergi menemui Cempaka Sari. Kalau boleh aku akan selamatkan Mahsuri daripada dihukum sebegitu kejam. Tapi itu bermakna aku sudah menukar sejarah. Mat Yol melaung-laung dari bawah. Pyan... cepat sikit! Kita dah lambat ni... Burung-burung yang berkicauan hinggap dari satu dahan ke dahan yang lain. Aku memang suka melayan hati dan perasaan.

Wednesday, August 23, 2006

Rahsia Cempaka Sari

Bismillah

Malam ini sungguh nyaman. Bunyi abang-abang katak bergembira selepas hujan sungguh mengasyikkan. Aku Jim, Mat Yol berjalan keluar dari kedai makan. Azan Isyak sudah kedengaran. Hendak patah balik semula ke Masjid Biru sudah pun separuh jalan. Jadi, surau tingkat dua pun jadilah. Tapi di tingkat dua ada sekumpulan pelajar sedang berhalaqah. Tidak manis kalau kita bersolat mereka berhalaqah. Jim dan Mat Yol toleh memandang aku...aku mengisyaratkan ke atas. Solat di tingkat atas. Bilik Dr.D. Hujan petang tadi sungguh lebat. Agaknya sekarang sudah masuk musim tengkujuh, dengus hatiku. Pulau Gambir sudah dijenguk tengkujuh. Kami hanya tinggal dua bulan saja lagi di Pulau Gambir ini. Bulan Duabelas nanti ke Kantan Agong lah kami. Membina hidup baru di Kantan Agong. Kehidupan yang bakal bermula dari kosong. Kosong yang tidak berisi. Teringat lagi aku kenangan-kenangan manis di Pulau Cempaka Sari, mandi-manda di Pantai Delina di Pulau Ubun-Ubun. Di situ menurut Dr.D tersembunyi peninggalan Cempaka Sari keturunan ketiga Mahsuri. Cempaka Sari gadis sunti yang sangat cantik. Secantik Mahsuri. Kegilaan semua pemuda-pemuda. Dicemburui oleh semua gadis-gadis sunti di Pulau Cempaka Sari. Menurut Dr.D sebelum ini pulau ini bernama Pulau Tuba. Tetapi telah ditukar namanya kepada Pulau Cempaka Sari bersempena dengan Cempaka Sari.