Thursday, May 25, 2006

Cari - Kensaku







Kalau kita lihat gambar di atas tu, kita dapat lihat gambar yang disalinmuka oleh penulis. Ini adalah yahoo.co.jp. Syarikat yahoo di Jepun. Syarikat Yahoo di Jepun memang terkenal -walaupun sekarang ni google dah ambil alih kerja-kerja tu semua. Walaubagaimanapun Yahoo.JP masih lagi berkuasa. Ini kerana promosi besar-besaran Yahoo broadband

Monday, May 15, 2006

Kawaisou-Kesiannya








Visual ini milik sepenuhnya oleh Berkattechno.

1. じかんをまもってね。
Ji-kan wo ma-motte-ne.
Tolong tepati masa ye.

2. かわいそうね。
Ka-wai-sou-ne.
Kesiannya.

3. いいじゃん。
ii-jann.
ok apa..

4. いかないで!
ika-nai-de!
Janganlah pergi!



Masa saya mula-mula sampai ke Jepun, memang tersemat di dalam dada saya bahawa orang Jepun sangat menepati masa bekerja. Dan memang majoritinya adalah begitu. Walaupun ada segelintir yang bukan sebegitu. Khususnya pelajar. Pelajar Universiti. Lambat ke kelas atau kadangkala ponteng terus. Ini kerana semasa zaman belajar, itulah honeymoon. Lepas belajar esok-esok kalau dah kerja, sukar untuk cari masa berlenggang kangkung. Yelah hidup di Jepun, ketekunan adalah segala-galanya. Orang yang tidak tekun usah mengharapkan sesuap nasi. Penduduk yang terlalu padat di bandar-bandar besar memaksa mereka untuk tekun. Kalau tidak jadi tukun. Walaubagaimanapun, orang Jepun sebenarnya mencemburui kehidupan kita di Malaysia. Ini kerana hidup kita di Malaysia terlalu mudah. Tidak perlu bergelut dengan persaingan. Tidak perlu bermati-matian kerja. Boleh pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Kehidupan kita di Malaysia dikatakan "nombiri" dan "yuttari"...susah untuk menterjemahkan perkataan ini. Andaikata dapat saya metaforakan, lihatlah pada permai daun kelapa yang meliuk lentuk disapa bayu, dan berbuai di dalam buaian di bawah pokok, atau duduk di kerusi malas. Itulah suasana nombiri. Masa yang berjalan perlahan, diiringi bunyi siulan burung, ruang yang luas, dan lapang. Inilah yang dapat saya bayangkan maksud "yuttari". Walaubagaimanapun, seandainya kita terus berdiam diri tanpa berbuat sesuatu untuk kehidupan, tanpa memperkasakan iman kita, suasana nombiri dan yuttari itu akan dirampas. Bukan siapa-siapa yang merampas dari kita tetapi kekosongan jiwa dan kesibukan mencari harta yang merampasnya. Maka jadilah orang yang bistari. Bistarian senantiasa mencari jalan supaya emas untuk kehidupan sentiasa mengalir masuk dan iman sentiasa meningkat, kehidupan yang "nombiri" serta "yuttari". Bistarian bukan orang yang malas, tetapi bistari. kakitangannya serta aqal fikirnya sentiasa berputar ligat di atas landasan yang halal.

Jadilah Bistarian

Saturday, May 13, 2006

arukooru-alkohol








Visual ini hakmilik Berkattechno



Bismillah

1. わたしはムスリムです。
wa-ta-shi wa mu-su-ri-mu de-su.
Saya orang Islam

2.おさけのまないです。
o-sa-ke no-ma-nai-desu.
Saya tak minum Osake(arak Jepun)

3. アルコールはいていますか?
a-ru-koo-ru hai-te-imasu-ka?
Ada alkohol ke ni?

4. はいていません
hai-te-imasen.
Tak ada (maknanya-"tidak mengandungi alkohol").

5. アルコールをいれないでください。
aru-koo-ru wo ire-nai-de-kudasai.
Tolong jangan masukkan alkohol ye.

Memang kalau tinggal di Jepun, musim panaslah musim yang dinanti-nanti...Bila la musim panas nih...musim panas kita sebut "natsu". Bila "natsu" ... mulalah kita berkelah. Yang paling seronok bila dapat pergi petik buah-buahan di kebun buah. Petik buah anggur paling seronok. Orang Jepun sebut "Budou-gari". Buah anggur hitam, anggur merah. Besar-besar dan segar...sungguh "ju-shii" dan "fresshuu". Teknologi Jepun yang sentiasa berkembang dan diperbaharui membolehkan kita menikmati buah-buahan dan ikan-ikan yang "shinsen". Kalau di Malaysia, ikan di pasar atau pasaraya matanya sudah merah. Daging ikan pun sudah agak lembik mek-mek bak kata orang kelantan. Di Jepun ikannya masih bermata hijau jed. Inilah satu perkara yang Malaysia perlu belajar supaya ikan yang ditangkap dapat dinikmati pengguna seperti kita dalam keadaan segar bugar."shinsen" maknanya segar. Budak muda pula suka guna perkataan inggeris yang di-katakana-kan. "fresshuu" ialah perkataan inggeris "fresh".Walaubagaimanapun, kita di Malaysia masih bernasib baik sebab harga ikan masih lagi sederhana. Di Jepun, ikannya sangat mahal. Ikan selayang harganya RM3 seekor. Kita di Malaysia..."selayang?" Tak pandang...selayang pandang je..tapi orang Jepun suka makan ikan selayang....mereka masak "ni-mo-no". Nimono tu lebih kurang kalau orang Kelantan sebut "si-gha". Kalau sigha hanya gula nessan, ni-mo-no kaedah masaknya lebih kurang sigha, cuma bahan-bahannya ialah kicap masin, gula, bawang. Ikan tadi akan disigha sehingga kuahnya jadi sikit dan sebati dengan daging ikan. Memang saya suka makan ni-mo-no nih...Ni-mo-no Labu pun best. Sama macam kita sigha labu, tapi kita tambah kicap dan kurangkan manis.Jadi kalau ke Jepun jangan lupa makan nimono yer..cuma kena hati-hati sikit...sebab orang Jepun suka letak "mi-rin" dalam ni-mo-no...itu yang tak best...mirin tu sejenis arak...so kalau nak makan di kedai Jepun pastikan kita tanya
"aru-koo-ru hai-te-imasu-ka?"...maknanya -alkohol ada ke ni?-

Sunday, May 07, 2006

At-sui desu ne - Panasnya










1.Panasnya hari ni..
きょうはあついですね。(kyo wa at-sui de-su ne)

2.Awak nak minum apa?
なにをのみたいですか? (Na-ni wo no-mi-tai de-su-ka?)

3.Air kosong pun ok.
みずでもいいね。(mi-zu de-mo ii-ne)

4.Hari ni sangat panas kan.
きょうはとてもあついですね。(kyou wa to-te-mo at-sui de-su-ne)

5.Aah la kan.
そうですね (sou de-su-ne)

6.Takdela panas sangat.
そんなにあつくないよ! (son-na-ni at-su-ku-nai-yo!)


Kalau tuan-tuan pergi ke Jepun, memang tuan-tuan akan terperanjat musim panas di sana lebih panas dari Malaysia.Kalau di Malaysia, kepanasan akan menyebabkan kita berpeluh. Tetapi di sana panas pun peluh susah nak keluar. Bak kata orang "panas di dalam"...Memang tak boleh lari dari kipas. Saya memang suka musim panas di Jepun. Sebabnya di musim panas ni kita boleh pergi berkhemah, mandi-manda di air terjun yang nyaman, menikmati ikan bakar di tepi laut sambil makan tembikai. Memang satu pengalaman yang saya tidak dapat nak lupa....di Jepun buah tembikai adalah satu simbol untuk musim panas. Sebiji tembikai harganya lebih kurang RM30. Mahal!! Orang miskin memang beli 1/4 atau 1/2 sahaja. Tetapi saya lebih suka beli sebiji!...pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan. Saya juga miskin ...tapi bukan miskin idea...huhuhu..Kalau kita di Malaysia .."Tembikai?"..tak heran...di Jepun, kalau sebut.."Hari ni kita makan tembikai"...sorak-sorai..yea!! yea!! suika! suika!
Saya pun kadangkala terpengaruh juga dengan Jepun-jepun nih...kita pun beli sama lah tembikai tu...dan orang Jepun suka makan tembikai yang ada biji...bijinya bukan banyak sangat...sebab apa..bila kita makan tembikai tu...nanti biji tu akan terkumpul dalam mulut...lepas tu kita sembur biji tembikai tu...alaaa...cam otromen sembur api kat mulut tu..."cam budak-budak betul"....tapi itulah kenyataan yang perlu kita terima...orang jepun memang nampak keanak-anakan..itulah resepi awet muda...Musim panas juga tak meriah kalau tak main "hanabi". Hanabi ni maksudnya bunga api. Bila musim panas, akan diadakan pertunjukan "hanabi" besar-besaran. Memang cantik. Hanabi yang ditembak ke udara akan membentuk "Doraemon", "Hello Kitty" ...dan macam2 lagi...memang cantik laa...Cuma pertunjukan "hanabi" ni dibuat selepas maghrib...jadi kita kena ambik tempat sebelum maghrib...Jadi lepas asar memang dah kena cari tempat. Biasanya hanabi taikai ni dibuat tepi sungai. Jadi tak susah nak ambil wudhu. Kita boleh solat bila saja masuk waktu maghrib...berjemaah pun boleh..sebab orang Jepun bukannya kisah sangat kita nak solat ke apa ke...Boleh makan-makan sambil menikmati hanabi. Lepas tu boleh jalan-jalan ke pasar malam. Tak banyak yang kita boleh makan. Biasanya kita makan jagung bakar, pop corn, tako-yaki, yaki-imo, ika-yaki...dan senbe telur...Saya suka makan senbe telur...bentuknya macam keropok udang yang disapu sos dan diletakkan telur "medama-yaki"..ala telur mata kerbau..kerbau jugak dapat nama...yang malasnya bila nak balik...kena beratur lama....jadi baik solat isya dulu kat tepi sungai tu...nanti balik laaa....balik leh terus tidurrrr...."nemutai naaa"--ZzZZ


Semua visual di dalam laman ini dimiliki sepenuhnya oleh Berkat.eZ

Hiragana "I"










Huruf ini kita sebut “I”. Sebutannya sama dengan “i” dalam perkataan “ikan”.
Jom kita lihat contoh-contoh berikut:

1. いつ = Bila? (it-su)
2. いいわけ = Alasan (ii-wa-ke)
3. いみ = makna (I-mi)
4. いたい= Sakit (I-tai)
5. いち = Satu (I-chi)
6. いちご = Strawberi (I-chi-go)
7. いぬ = Anjing (I-nu)
8. いま = Sekarang (I-ma)
9. いらない = Tak perlu (I-ra-nai)
10. いれば = Gigi palsu (I-re-ba)
11. いちじく = Buah Tin (I-chi-ji-ku)
12. いけ = Kolam (I-ke)
13. いっしょに = Bersama-sama (issho-ni)
14. いままで = Sehingga kini (Ima-ma-de)

Thursday, May 04, 2006

Hiragana "A"




Belajar Hiragana
“あ”kita sebut "A".Sebutannya sama seperti sebutan "a" dalam perkataan "aku".
Kayakan kosakata kita.Jom!!

1. ありがとう = Terima Kasih (a-ri-ga-tou)
2. あした = Esok (a-shi-ta)
3. あめ = Hujan (a-me)
4. あたらしい = Baru (a-ta-ra-shii)
5. あぶない = Bahaya (a-bu-nai)
6. あせ = Peluh (a-se)
7. あたま = Kepala (a-ta-ma)
8. あくしゅ = Jabat tangan (a-ku-shu)
9. あくま = Syaitan (a-ku-ma)
10. あさ = Pagi (a-sa)
11. あさごはん = Sarapan (a-sa-go-han)
12. あさがお = Bunga Seri Pagi (a-sa-gao)
13. あぶら = Minyak (a-bu-ra)


sekian untuk hari ini.